Skip to content
WadahDBP (Dev)
  • Info Wadah DBP
  • Manual Pengguna (Penulis)
  • Sample Page
    • Info Wadah DBP
    • Manual Pengguna (Penulis)
    • Sample Page
WadahDBP (Dev) > Lentera Kreatif > Seorang Wanita di Tepi Beranda
Seorang Wanita di Tepi Beranda
Puisi

Seorang Wanita di Tepi Beranda

  • zaidinabadi5523@gmail.com
  • 14 June 2023
  • DBP Wilayah Utara
  • 199
  • 4.3

aku tiba-tiba teringat pada seorang wanita

berdiri di tepi beranda rumah tua

seorang diri melempar pandang ke hujung senja

seakan merenung masa depannya atau

menanti-nanti ketibaan wira yang dirinduinya,

sedang aku sering menyebut namanya pada celah-celah tabir

sesekali diselak deru semilir manja

sedih melihat redup mata tua wajah bundarnya

 

ah, kepingin aku bertanya kepadanya, siapakah gerangan

yang ditunggunya tika malam hampir menutup suria

sedang pada matanya sarat dengan air mata

serta wajahnya sesuram temaram senja,

aku hanya mampu merenung dan membilang masa

akan bertemukah wanita itu dengan wira yang dinantinya

atau penantiannya itu terusan tanpa penghujungnya?

 

dari kejauhan ini, sayu dan senduku berpadu

mencanak gunung rindu.

 

 

Zaidin Abadi

SWADAYA, Alor Setar, Kedah. 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 4.3 / 5. Vote count: 11

No votes so far! Be the first to rate this post.

    Kongsi

Recent Posts

  • Hello world!

Recent Comments

  1. A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • November 2023

Categories

  • Uncategorized

Yang Berkaitan

Sejarah Itu Warisan Bangsa
Puisi

Sejarah Itu Warisan Bangsa

  • 4 September 2023
  • 196
  • 4.6
Bhadhu dan Suval: Pakaian Lelaki Tenunan Etnik Rungus
Kearifan Tempatan

Bhadhu dan Suval: Pakaian Lelaki Tenunan Etnik Rungus

  • 5 October 2023
  • 40
  • 5
ميليق کيت
Puisi Moden

ميليق کيت

  • 20 August 2023
  • 42
  • 5
دمسجد نبوي
Puisi Moden

دمسجد نبوي

  • 9 July 2023
  • 77
  • 5
Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP (Dev)