Skip to content
WadahDBP (Dev)
  • Info Wadah DBP
  • Manual Pengguna (Penulis)
  • Sample Page
    • Info Wadah DBP
    • Manual Pengguna (Penulis)
    • Sample Page
WadahDBP (Dev) > Lentera Kreatif > Lalat Mekah
Lalat Mekah
Puisi

Lalat Mekah

  • JOHARI JONET
  • 20 July 2023
  • DBP Wilayah Selatan
  • 162
  • 4.8

Lalat yang berterbangan
Pada musim haji
Menyambut tetamu-Mu
Para Jemaah pendosa
Penzina, pencuri dan pemakan riba
Hinggap pada tamar dan ihram
Para Tamatuk, Ifrad dan Kiran
Dengan dengung zikir dan talbiah
Seluruh pujian dan penyerahan
Untuk-Mu
Dalam setiap sujud taubat dan penyesalan
Lalat-lalat yang dahulunya
Terbang hinggap pada najis dunia
Leka pada syurga yang Engkau pinjamkan.
            Lalat yang hinggap
            Pada helaian surah
            Yang turun di Madinah dan Mekah
            Bersatu dalam mazhab berlainan
            Bersama merapatkan sayap perbezaan
            Dalam serba keterasingan kesempurnaan
            Dua sayap kiri dan kanan
            Racun dan penawar
            Dalam seteguk zam-zam
            Dan pengorbanan Siti Hajar
Lalat Mekah
Sayapnya patah
Pada-Mu berserah.

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 4.8 / 5. Vote count: 12

No votes so far! Be the first to rate this post.

    Kongsi

Recent Posts

  • Hello world!

Recent Comments

  1. A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • November 2023

Categories

  • Uncategorized

Yang Berkaitan

Terjebak
Cerpen

Terjebak

  • 6 July 2023
  • 273
  • 3.9
Disleksia dan Kecelaruan Bahasa
Bicara Bahasa

Disleksia dan Kecelaruan Bahasa

  • 5 July 2023
  • 55
  • 3
Batasi Harapanmu
Puisi

Batasi Harapanmu

  • 9 October 2023
  • 71
  • 4.4
Kutunggu di Ujung Jari
Puisi

Kutunggu di Ujung Jari

  • 10 October 2023
  • 121
  • 4.7
Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP (Dev)