Skip to content
WadahDBP (Dev)
  • Info Wadah DBP
  • Manual Pengguna (Penulis)
  • Sample Page
    • Info Wadah DBP
    • Manual Pengguna (Penulis)
    • Sample Page
WadahDBP (Dev) > Lentera Kreatif > Keluargaku, Sedarkanku
Keluargaku, Sedarkanku
Puisi

Keluargaku, Sedarkanku

  • rosyidibakri@gmail.com
  • 21 August 2023
  • DBP Cawangan Sabah
  • 56
  • 3.8

Tatkala dakwat pena ini dititiskan untuk melakar karya

hatiku hiba meratap masa di dinding yang entah bila akukan tiada

andai nyawa tahu bila diangkat Dia

pasti sudah ku sedar sejak dulu kala supaya tidak dimamah usia

agar hidupku terbela nun di sana.

 

Oh dunia, kadangku terleka, kadangku terlupa

kepada Dia sang pemberi segala nikmat di dunia nyata

kadangku lelah, kadangku marah

kepada Dia yang pinjamkan harta dan nyawa

kadangku megah, kadangku bongkak

dengan apa yang ada pada diri kerdil bak kuman di lautan bergelora.

 

Dalam meniti detik-detik akhir hidup ini

ku tertanya mengapa aku dicipta

adakah sekadar menjadi boneka bahan jenaka manusia?

adakah sebagai hiasan di mata dunia?

adakah menjadi pedoman pada nusa dan bangsa?

 

Keluargaku, sedarkanku

sedarkanku agar aku tidak terus hanyut meniti arus era kini yang penuh konspirasi

sedarkanku agar aku tidak mati berzikir dengan teknologi di jari

sedarkanku andai negara dibadai bahaya agarku bisa menuntut belanya nanti

sedarkanku bahawa dunia ini tidak kekal bahagianya di sini.

 

Oh keluargaku, masih mahu aku ukir kasih dan budi padamu

lahirkan generasi bermutu tanpa penat jemu

didik dada dengan ilmu agar dirujuk kepadamu

 

Wahai keluargaku

ayuhlah kita bina sebuah jambatan yang menyatukan iman

ayuh kita telurusi ruang yang ada demi cinta bukan air mata

ayuhlah kita nikmati masa yang ada untuk bersuka

ayuh kita nikmati nikmat yang ada tanpa rasa dusta dan duka

keluargaku Malaysia teguh bersama

 

 

SMK Rancha-Rancha

 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 3.8 / 5. Vote count: 6

No votes so far! Be the first to rate this post.

    Kongsi

Recent Posts

  • Hello world!

Recent Comments

  1. A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • November 2023

Categories

  • Uncategorized

Yang Berkaitan

کلوارݢ مليسيا برݢانديڠ باهو اينتيݢريتي ترس کلوارݢ مليسيا
Puisi Moden

کلوارݢ مليسيا برݢانديڠ باهو اينتيݢريتي ترس کلوارݢ مليسيا

  • 15 June 2023
  • 37
  • 4
Anugerah Persuratan Selatan: Pengiktirafan kepada Karyawan Johor dan Melaka
Tokoh

Anugerah Persuratan Selatan: Pengiktirafan kepada Karyawan Johor dan Melaka

  • 20 July 2023
  • 94
  • 5
Langit Petang
Puisi

Langit Petang

  • 9 August 2023
  • 82
  • 3.8
Kemerdekaan Ini
Puisi

Kemerdekaan Ini

  • 20 September 2023
  • 160
  • 4.7
Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP (Dev)