Skip to content
WadahDBP (Dev)
  • Info Wadah DBP
  • Manual Pengguna (Penulis)
  • Sample Page
    • Info Wadah DBP
    • Manual Pengguna (Penulis)
    • Sample Page
WadahDBP (Dev) > Lentera Kreatif > Igauan Kala Hujan Tadi
Igauan Kala Hujan Tadi
Puisi

Igauan Kala Hujan Tadi

  • Ibnu Din Assingkiri
  • 7 July 2023
  • DBP Wilayah Utara
  • 466
  • 4.3

(seakan sesuatu yang nyata)

Di halaman rumah bersendirian
aku melunjur ke dalam hujan
sambil mata kupejam
dibiarkan kenangan kembali
meruntun baju kesyahduan
air menitik dari celah bumbung
melompat-lompat keluar
dari pinggan tapak gajah
Ah! Biarkan saja.

Bau kopi O berganding
bau pisang rebus dan kelapa parut
sedang berlenggang-lenggok
bak dara sunti hujung kampung
pulang mengaji.

Emak bersimpuh
anggun di sisi tubuh sasa ayah
serentak kedua-duanya menyuapiku
kutanya mengapa kedua-duanya
tidak menjamah hidangan
serentak pula mereka menjawab
“tiada yang lebih mengenyangkan
daripada doa anak kepada orang tua.”

Perlahan-lahan mata kubuka
kucari serata-rata mereka berdua
ternyata, telah begitu lama tiada.

 

 

Ibnu Din Assangkiri
Simpang Ampat, Pulau Pinang
29 Mei 2023

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 4.3 / 5. Vote count: 37

No votes so far! Be the first to rate this post.

    Kongsi

Recent Posts

  • Hello world!

Recent Comments

  1. A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • November 2023

Categories

  • Uncategorized

Yang Berkaitan

Subuh di Teluk Mengkabong, Maghrib di Aruba
Cerpen

Subuh di Teluk Mengkabong, Maghrib di Aruba

  • 19 October 2023
  • 1519
  • 4.4
سهلاي باجو كواس
Puisi Moden

سهلاي باجو كواس

  • 5 October 2023
  • 3
Tragedi Sri Mersing
Puisi

Tragedi Sri Mersing

  • 9 November 2023
Persona Cendana Dewi
Cerpen

Persona Cendana Dewi

  • 3 November 2023
  • 430
  • 4.8
Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP (Dev)