Skip to content
WadahDBP (Dev)
  • Info Wadah DBP
  • Manual Pengguna (Penulis)
  • Sample Page
    • Info Wadah DBP
    • Manual Pengguna (Penulis)
    • Sample Page
WadahDBP (Dev) > Lentera Kreatif > Diri yang Terinfeksi
Diri yang Terinfeksi
Puisi

Diri yang Terinfeksi

  • mohdfadzly80@yahoo.com
  • 20 July 2023
  • DBP Cawangan Sarawak
  • 174
  • 4.9

Konjunktivitis mencemar
penglihatan yang membaca puisi
hingga kabur makna diksi
saat aksaranya
penuh astigmatisme.

Artritis merengsa
sendi yang menulis puisi
hingga terpesong makna diksi
saat aksaranya
penuh nanah berbisa.

Meningitis menyakiti
selaput yang mengilham puisi
hingga linglung makna diksi
saat aksaranya
kosong tanpa isi.

Selulitis memerahi
epidermis yang menyusun puisi
peritnya menjangkiti
larikan carut seluruh diksi.

Sedang jantung
dijangkiti perikarditis
lemah memanggung pena
hingga puisi ditulis
tak sampai maknanya.

Lt Kol (Dr) Mohd Fadzly bin Hj Miswan,
2 Julai 2023,
Kem Penrissen, Sarawak.

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 4.9 / 5. Vote count: 19

No votes so far! Be the first to rate this post.

    Kongsi

Recent Posts

  • Hello world!

Recent Comments

  1. A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • November 2023

Categories

  • Uncategorized

Yang Berkaitan

Mendepa Adat
Cerpen

Mendepa Adat

  • 3 November 2023
  • 67
  • 5
سهلاي باجو كواس
Puisi Moden

سهلاي باجو كواس

  • 5 October 2023
  • 3
Kerana Serpihan Pandemik
Cerpen

Kerana Serpihan Pandemik

  • 16 November 2023
بوات ساوداراكو يڠ شهيد
Puisi Moden

بوات ساوداراكو يڠ شهيد

  • 4 November 2023
  • 4.5
Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP (Dev)