Skip to content
WadahDBP (Dev)
  • Info Wadah DBP
  • Manual Pengguna (Penulis)
  • Sample Page
    • Info Wadah DBP
    • Manual Pengguna (Penulis)
    • Sample Page
WadahDBP (Dev) > Lentera Kreatif > #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza > Munajat Seorang Jururawat (Bawah Runtuhan Hospital di Tebing Barat)
Munajat Seorang Jururawat  (Bawah Runtuhan Hospital di Tebing Barat)
Puisi

Munajat Seorang Jururawat (Bawah Runtuhan Hospital di Tebing Barat)

  • ista.ajib@um.edu.my
  • 6 November 2023
  • DBP Wilayah Selatan
  • 393
  • 4.8

Sejak ranah anbiya’ ini kembali dibedil
oleh rakus taufan fosforus
pesakit dan jenazah bertali arus
melangkau bilangan pil, keranda dan katil.

Peluhku perlu diperah lebih waktu
25 jam sehari 8 hari seminggu
akal dan tanganku perlu lebih laju
menjahit luka dengan doa
menyambung nyawa dengan usia
pada helai-helai takdir yang terperca.

Sedangkan aku sendiri tidak termampu
melanjutkan jangka hayat usrahku
ayah dan ibu telah mengutus salam
dari negeri tenteram
suami tercinta telah dikafankan.

dengan seragam syuhada’ berloreng jihad
dan anak-anakku telah diserah sepenuhnya
di bawah jagaan rumah asuhan malaikat.

Malam ini, saat awan menipis
lantai tempatku berkhidmat dan beribadat
telah diletupkan zionis
uh, hanya aku yang terselamat!
kendati patah seluruh tulang empat kerat.

Suaraku tiada lagi daya untuk menjerit
meminta bantuan
tubuhku trauma tak henti-henti menggigil
hanya bermunajat – memandang langit
meminta Tuhan
menghantarkan tentera ababil.

Istajib Mokhtar

# #puisi #gaza #puisigaza #sajakkemanusiaan #sajakgaza #doauntukgaza
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 4.8 / 5. Vote count: 170

No votes so far! Be the first to rate this post.

    Kongsi

Recent Posts

  • Hello world!

Recent Comments

  1. A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • November 2023

Categories

  • Uncategorized
Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP (Dev)