Skip to content
WadahDBP (Dev)
  • Info Wadah DBP
  • Manual Pengguna (Penulis)
  • Sample Page
    • Info Wadah DBP
    • Manual Pengguna (Penulis)
    • Sample Page
WadahDBP (Dev) > Lentera Kreatif > Dua Sifar Satu Lapan
Dua Sifar Satu Lapan
Puisi

Dua Sifar Satu Lapan

  • anisnadhiah33@gmail.com
  • 19 October 2023
  • DBP Wilayah Tengah
  • 128
  • 4.7

Kumbang terbang jua menagih bunga lainnya

Kumbang pergi bersama janji kala kasih tersimpul rapi

Bunga yang dulu mekar kian layu bersama memori lalu

Memori yang seakan lupus bersama waktu yang berdetak laju.

 

Dua

Sewaktu awalnya kita bertemu

Sifar

Bagai serasa aku hanya untukmu

Satu

Kita bersatu kerana wujudnya kasih

Lapan

Ternyata kasih ternokhtah di angka tujuh.

 

Meraung aku tatkala menerima takdir Ilahi

Tersentak apabila ayat-ayat itu dilaung ke arahku

Manusia, spesifiknya seekor kumbang

Mudah lupa pada cintanya kepada bunga mekar itu.

 

Bunga layu akhirnya melalui sebuah proses

Proses yang sukar dilalui oleh sekuntum bunga

Proses yang perlu masa untuk ke titik penyembuhan

Tetapi, bunga tiada menyerah walau dikerah.

 

Dia, bunga yang tak mungkin kembali lagi

Masih memegang prinsip bunga layu bersama janji

Bersama dua sifar satu lapan

Bermula sebuah kesengsaraan.

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 4.7 / 5. Vote count: 7

No votes so far! Be the first to rate this post.

    Kongsi

Recent Posts

  • Hello world!

Recent Comments

  1. A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • November 2023

Categories

  • Uncategorized

Yang Berkaitan

Air Tangan Isteri
Cerpen

Air Tangan Isteri

  • 14 November 2023
اكو دان كاو
Puisi Moden

اكو دان كاو

  • 20 September 2023
  • 24
  • 2.3
Seorang Wanita di Tepi Beranda
Puisi

Seorang Wanita di Tepi Beranda

  • 14 June 2023
  • 199
  • 4.3
Abdul Halim “R”  dalam Kenangan
Tokoh

Abdul Halim “R” dalam Kenangan

  • 20 September 2023
  • 54
  • 3
Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP (Dev)