Skip to content
WadahDBP (Dev)
  • Info Wadah DBP
  • Manual Pengguna (Penulis)
  • Sample Page
    • Info Wadah DBP
    • Manual Pengguna (Penulis)
    • Sample Page
WadahDBP (Dev) > Lentera Kreatif > puisi kehidupan > Hidup Ini Satu Perjuangan
Hidup Ini Satu Perjuangan
Puisi

Hidup Ini Satu Perjuangan

  • punggukdesa
  • 18 July 2023
  • DBP Cawangan Sabah
  • 87
  • 3.4

Anak-anakku,

kian leka diulit mimpi

menggapai nikmat dunia

bertuankan siber sosial

kerna bagimu itulah kemajuan

itulah kehidupan.

 

Anak-anakku,

kian hilang hormat pada yang tua

sopan santun tolak ke tepi

bagimu…

teguran dan nasihat membingitkan

mereka tidak memahami

mereka bukan zamanmu

mereka mengongkongmu.

 

Wahai anak-anakku,

dunia ini hanya pinjaman semata

hidup ini seketika cuma

tapi yang nyata itu orang tuamu

yang pasti itu guru-gurumu.

 

Bangkitlah anak-anakku,

penuhilah ilmu di dada

gapailah kejayaan

kerna yang pasti…

hidup ini satu perjuangan.

# puisi kehidupan
Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 3.4 / 5. Vote count: 11

No votes so far! Be the first to rate this post.

    Kongsi

Recent Posts

  • Hello world!

Recent Comments

  1. A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • November 2023

Categories

  • Uncategorized

Yang Berkaitan

سڬومڤل اون بربيسيق
Puisi Moden

سڬومڤل اون بربيسيق

  • 5 November 2023
  • 30
  • 5
Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP (Dev)