Skip to content
WadahDBP (Dev)
  • Info Wadah DBP
  • Manual Pengguna (Penulis)
  • Sample Page
    • Info Wadah DBP
    • Manual Pengguna (Penulis)
    • Sample Page
WadahDBP (Dev) > Lentera Kreatif > Menghilang dalam Tiupan Angin Petang
Menghilang dalam Tiupan Angin Petang
Puisi

Menghilang dalam Tiupan Angin Petang

  • edwardsolibi@gmail.com
  • 19 October 2023
  • DBP Cawangan Sabah
  • 59
  • 4.9

Aku tercengang di pintu gerbang
di puncak perbukitan belukar
entah akan membawa langkah
ke mana.
Menuju binasa
ataukah taman kebahagiaan?

Sampai bilakah menyerap sinar
dan bila pula akan bersinar?
lelah hati nurani terdalam
yang puas mengakrab suram.

Aku rela menghilang
dalam tiupan angin petang
agar kumengerti makna berpulang
ketika mentari
mengucup gumpalan embun memutih
di atas permukaan dedaun.

 

Edward Solibi,
Tamparuli, Sabah.

 

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 4.9 / 5. Vote count: 9

No votes so far! Be the first to rate this post.

    Kongsi

Recent Posts

  • Hello world!

Recent Comments

  1. A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • November 2023

Categories

  • Uncategorized

Yang Berkaitan

دسباليق اون
Puisi Moden

دسباليق اون

  • 5 October 2023
  • 28
  • 5
Sinar Kehidupan
Puisi

Sinar Kehidupan

  • 17 November 2023
Kifarah
Cerpen

Kifarah

  • 20 September 2023
  • 83
  • 4.4
شعير كصبرن
Puisi Tradisional

شعير كصبرن

  • 14 June 2023
  • 48
  • 5
Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP (Dev)