Skip to content
WadahDBP (Dev)
  • Info Wadah DBP
  • Manual Pengguna (Penulis)
  • Sample Page
    • Info Wadah DBP
    • Manual Pengguna (Penulis)
    • Sample Page
WadahDBP (Dev) > Lentera Kreatif > Desah dari Daerah Kehidupan
Desah dari Daerah Kehidupan
Puisi

Desah dari Daerah Kehidupan

  • MOHD ROSLI BAKIR
  • 18 August 2023
  • DBP Wilayah Selatan
  • 582
  • 4.8

Penghuni kota
membiarkan kolek hidupnya
hanyut di sungai kemajuan
tenggelam timbul menikmati keindahan
dibawa arus kesibukan
tanpa rasa lemas bergelut masa
mencari muara kepuasan.

Berabad lama mendayung rezeki
tapi masih terdampar di pesisir sengsara
mengundang kecewa pada riak tindak
hanya kerana berbekal kental tekad
membiarkan kudrat dan keringat berlalu
bagai buih-buih jernih
menghilang dan berulang
selamanya meletihkan.

Hidup dalam deras sungai kota
usah lalai diapung puas rasa
mengharap belas setia
tanpa gigih menyelami ke dasar ilmu
mengutip kearifan diri
menyingkir kelodak keangkuhan
agar gah mandiri mencuat aspirasi.
Berenanglah tanpa henti
menyusur tebing bangsa
berjuang untuk kembali berkuasa!

Desah resah menderu
kitalah siaga memancang ingatan
untuk bertahan di kota peradaban.

 

PPJ Pontian
12 September 2020

Karya ini adalah © Hak Cipta Terpelihara WadahDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 4.8 / 5. Vote count: 142

No votes so far! Be the first to rate this post.

    Kongsi

Recent Posts

  • Hello world!

Recent Comments

  1. A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • November 2023

Categories

  • Uncategorized

Yang Berkaitan

ستله برسارا
Puisi Moden

ستله برسارا

  • 20 September 2023
  • 33
  • 5
Perempuan Jingga
Cerpen

Perempuan Jingga

  • 19 October 2023
  • 99
  • 4
Ayah, Nak Naik Lagi
Cerpen

Ayah, Nak Naik Lagi

  • 14 June 2023
  • 220
  • 4.5
Hati Murni
Cerpen

Hati Murni

  • 9 August 2023
  • 70
  • 3.8
Hak Cipta Terpelihara 2026 © WadahDBP (Dev)